I Like You The Best
You've stumbled in my blog,so what to do ? | Dashboard | +Follow
Mengenal Erti Sahabat Sejati
Monday, 27 June 2011 | Monday, June 27, 2011 | 0 comments

Aku terjumpa artikel berjudul Mengenal Erti Sahabat Sejati malam ini. Aku tertarik untuk menyalinnya ke dalam blog ini buat tatapan sahabatku sekelian. Kepada penulis artikel ini aku memohon maaf kerana mengambil artikel ini tanpa izin. Semoga Allah memberkati ilmu mu ini yang boleh dimanfaatkan oleh ramai sahabat di dunia ini. InsyaAllah.

Mengenal Erti Sahabat Sejati
Pengertian Kalam Hikmat Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari oleh Mushonnif(Pengarang)
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang tiada mendirikan akan dikau halnya dan tiada menunjuk akan dikau atas Allah perkataannya; dan bersahabat engkau dengan orang yang ada ia dengan lawannya demikian itu; iaitu orang yang tiada mengetahui ia melainkan Tuhannya dan tiada menunjuk ia melainkan atas suatu yang ubudiyah.
Keterangan Dari Suluk
Seorang hamba Allah yang tujuan hatinya untuk sampai kepada Allah(Salik) di dalam menjalani kehidupan dunianya ditegah dan dilarang untuk berkawan atau bersahabat dengan golongan manusia yang hal/peribadi dan kelakuannya tidak banyak membantu dalam perjalanan si Salik menuju kepada Yang Haq. Demikian jugalah dilarang sama sekali bersahabat dengan golongan yang percakapannya semata-mata untuk kepentingan dunia tanpa ada pengajaran dan iktibar yang boleh mendekatkan Si Salik kepada akhirat atau Allah.
Dua golongan manusia ini adalah kebanyakan manusia(awam) atau orang alim yang ahli dunia. Tindak-tanduk dan perkataannya hanya berkisar kepada kesenangan, kemewahan, keangkuhan atau sekurang-kurangnya cenderung kepada yang lalai dan jauh daripada beribadat dan mengingati Allah.
Sebaliknya si Salik itu hendaklah berkawan,bergaul, berurusan dan bersahabat dengan mereka yang sibuk dalam mengesahkan dan menyempurnakan amal ibadatnya mengikut yang disyariatkan oleh Allah Taala. Mereka ini sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan memperelokkan syariatnya dengan cara menuntut ilmu atau mengajar ilmu akhirat, beramal beribadat, meninggalkan segala perbuatan yang sia-sia dan lalai. Hati mereka selalu memperhitungkan keredaan Allah dalam setiap urusan dan tindak-tanduknya. Dari kejernihan hati ini terpancarlah pada peribadi dan kelakuannya sifat-sifat yang mulia dan ikhlas yang akan melimpahkan kesannya kepada sesiapa yang mendampinginya dengan hakikat dan kediaman ubudiyah. Pengucapan dan ideanya akan menjadi petunjuk dan pembimbing kepada sesiapa yang hampir dengannya. Manusia beginilah yang mesti dipilih sebarang seorang sahabat.


|
About

Facebook | Twitter
Change facebook and twitter's link to your OWN link :D
Hi,i'm Alia,i'm the creators of this skin,do not remove the CREDITS ;D <-- change this to ur own words

Scream here

Put your shoutbox codes here ; width 200

Navigation

About Links Entries
The Webmaster


Write something about you here,sweetie :D
Affies&Linkies


Alia L.Joe's | Friends | Friends | Friends | Friends | Friends
Mengenal Erti Sahabat Sejati
Monday, 27 June 2011 | Monday, June 27, 2011 | 0 comments

Aku terjumpa artikel berjudul Mengenal Erti Sahabat Sejati malam ini. Aku tertarik untuk menyalinnya ke dalam blog ini buat tatapan sahabatku sekelian. Kepada penulis artikel ini aku memohon maaf kerana mengambil artikel ini tanpa izin. Semoga Allah memberkati ilmu mu ini yang boleh dimanfaatkan oleh ramai sahabat di dunia ini. InsyaAllah.

Mengenal Erti Sahabat Sejati
Pengertian Kalam Hikmat Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari oleh Mushonnif(Pengarang)
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang tiada mendirikan akan dikau halnya dan tiada menunjuk akan dikau atas Allah perkataannya; dan bersahabat engkau dengan orang yang ada ia dengan lawannya demikian itu; iaitu orang yang tiada mengetahui ia melainkan Tuhannya dan tiada menunjuk ia melainkan atas suatu yang ubudiyah.
Keterangan Dari Suluk
Seorang hamba Allah yang tujuan hatinya untuk sampai kepada Allah(Salik) di dalam menjalani kehidupan dunianya ditegah dan dilarang untuk berkawan atau bersahabat dengan golongan manusia yang hal/peribadi dan kelakuannya tidak banyak membantu dalam perjalanan si Salik menuju kepada Yang Haq. Demikian jugalah dilarang sama sekali bersahabat dengan golongan yang percakapannya semata-mata untuk kepentingan dunia tanpa ada pengajaran dan iktibar yang boleh mendekatkan Si Salik kepada akhirat atau Allah.
Dua golongan manusia ini adalah kebanyakan manusia(awam) atau orang alim yang ahli dunia. Tindak-tanduk dan perkataannya hanya berkisar kepada kesenangan, kemewahan, keangkuhan atau sekurang-kurangnya cenderung kepada yang lalai dan jauh daripada beribadat dan mengingati Allah.
Sebaliknya si Salik itu hendaklah berkawan,bergaul, berurusan dan bersahabat dengan mereka yang sibuk dalam mengesahkan dan menyempurnakan amal ibadatnya mengikut yang disyariatkan oleh Allah Taala. Mereka ini sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan memperelokkan syariatnya dengan cara menuntut ilmu atau mengajar ilmu akhirat, beramal beribadat, meninggalkan segala perbuatan yang sia-sia dan lalai. Hati mereka selalu memperhitungkan keredaan Allah dalam setiap urusan dan tindak-tanduknya. Dari kejernihan hati ini terpancarlah pada peribadi dan kelakuannya sifat-sifat yang mulia dan ikhlas yang akan melimpahkan kesannya kepada sesiapa yang mendampinginya dengan hakikat dan kediaman ubudiyah. Pengucapan dan ideanya akan menjadi petunjuk dan pembimbing kepada sesiapa yang hampir dengannya. Manusia beginilah yang mesti dipilih sebarang seorang sahabat.


Older Post | Newer Post

Credits

Template by : Alia L.Joe's
Tutorial : Jaja
Background : Encik Google