Terlalu Lama
Wednesday, 1 March 2023 | Wednesday, March 01, 2023 | 0 comments
Assalamualaikum.
Terlalu lama menyepi dari dunia blogger. Terlalu lama tidak meluahkan segala rasa di diary sejati ini. Diary yang sentiasa menemai diri ini sejak dulu. Sejak diri masih bahagia dengan dunia sendiri sehingga sekarang.
Dunia aku sekarang berbeza dengan dunia yang lama. Dunia yang penuh dengan suka duka pahit manis sengsara.
Aku dah berkahwin dan ada 2 orang anak lelaki yang sangat manis di mata seorang ibu. berkahwin pada 2019. Dapat putera pertama pada 30.09.2020, Mohamad Adib Irfan. .Kemudian, putera yang kedua pada 14.12.2022, Mohamad Adam Ifwat.
Aku beryukur atas anugerah dan amanah yang Allah telah beri padaku walaupun aku bukan lahh ibu yang terbaik untuk mereka, tapi aku selalu cuba untuk menjadi yang terbaik.
Sungguh, Allah sahaja yang tahu setiap apa yang aku rasa, setiap apa yang aku fikir. Sungguh Allah sahaja yang mengetahui betapa berusahanya aku untuk menjadi yang terbaik untuk mereka walau terkadang diri ini terasa seperti tak layak memegang gelaran mama buat mereka
Moga Allah membantu aku dalam meneruskan perjuagan dalam membesarkan mereka.
AMEEN...
11.02 a.m02.03.2023