SAKIT YANG TIDAK AKAN PERNAH HILANG
Thursday, 18 April 2024 | Thursday, April 18, 2024 | 0 comments
Sampai sekarang aku masih lagi terasa sakit dendam yang takkan pernah hilang
setiap kali teringat setiap pa yang dia cakap dekat aku dulu, airmata ni rasa laju je nak menangis
"patut kau mati je masa lahirkan dia ni"
"perempaun bodoh menyusahkan orang"
Allah, sumpah aku sedih dan terasa sangat sakit di hati ni.
walau sejuta kebaikan yang dia dah lakukan pun, takkan pernah hilangkan rasa sakit hati ni.
Begitu juga lepas lahir anak kedua.
ayat yang hampir sama juga dia cakap dekat aku.
Kenapa dia boleh cakap macam tu ?
Sebab dia kata dia penat tak cukup tidur. aku ganggu dia punya tidur.
Allah, sesunguhnya Engkau saksi segala penat lelah aku bertarung nyawa dalam melahirkan zuriatnya
Engkau saksi segala sakit yang telah aku hadapi
Sejak dari anak pertama lahir sampai anak kedua, tak lebih 3 kali dia tolong aku jaga anak tengah malam
Dan lebih 5 kali dia keluarkan kata2 yang tak baik dekat aku bila aku minta jagakan anak tengah malam
tapi tulah kan, orang nampak dia suami yang baik
Baik sebab dia tak pernah tak beri nafkah. Suami yang bertanggungjawab
Suami yang tak kedekut dengan isteri, tak pernah naik tangan
Mereka nampak aku ni isteri yang tak reti bersyukur
Isteri yang suka tinggi suara dengan suami
Isteri yang panas baran kurang ajar dengan suami langsung tak hormat suami
Tapi orang tak pernah tahu apa yang aku rasa, apa yang aku lalui dan apa yang dia telah buat
Mereka tak tahu berapa banyak kali dia curang
Mereka tak tahu berapa banyak kata makian yang telah aku telan sejak dari hari pertama kahwin hingga sekarang
Rumahtangga yang dibina ni atas sebab anak sahaja. TIADA SEBAB LAIN !!
Aku bertahan sebab anak dan sebab ayah aku.
Andai kata suatu hari nanti ayah dah takda, aku tak kisah pun kalau nak bercerai.
Rumahtangga yang langsung takda rasa bahagia
Yang ada setiap hari rasa nak bercerai rasa nak hidup sorang diri
SEORANG DIRI ")