Sunday, 23 March 2025 | Sunday, March 23, 2025 | 0 comments
24 MARCH 2025
ADA RINDU YANG TAK TERLUAH
ADA RINDU TAK HILANG
ADA RINDU YANG TAK DAPAT DIPADAMKAN
TAK TAHU BERAPA LAMA MASA AKAN DIAMBIL,
TAPI AKU SELALU BERHARAP AKU DAPAT LUPAKAN SEGALANYA SUATU HARI NANTI...PENAT
Wednesday, 1 May 2024 | Wednesday, May 01, 2024 | 0 comments
aku kan. penat sebenarnya hidup macam ni
setiap kali gaduh, mesti kata2 maki kata2 hinaan yang aku dapat
maki hina macam aku ni takda perasaan
aku sebenarnya memang dah takda hati nak hidup dalam perkahwinan ni
yang ada hanya untuk bertahan demi anak2 je
luka lama pun sampai sekarang tak pernah hilang,
ditambah lagi dengan luka baru
ibarat jalan yang sudang berlubang, dihentak lagi sampai makin dalam lubangnya
hingga tiada 1 kereta pun mampu lalu di atas lubang tu lagi
tiada lagi rasa sayan cinta jauh sekali
yang ada hanya hidup bertahan demi merekaSAKIT YANG TIDAK AKAN PERNAH HILANG
Thursday, 18 April 2024 | Thursday, April 18, 2024 | 0 comments
Sampai sekarang aku masih lagi terasa sakit dendam yang takkan pernah hilang
setiap kali teringat setiap pa yang dia cakap dekat aku dulu, airmata ni rasa laju je nak menangis
"patut kau mati je masa lahirkan dia ni"
"perempaun bodoh menyusahkan orang"
Allah, sumpah aku sedih dan terasa sangat sakit di hati ni.
walau sejuta kebaikan yang dia dah lakukan pun, takkan pernah hilangkan rasa sakit hati ni.
Begitu juga lepas lahir anak kedua.
ayat yang hampir sama juga dia cakap dekat aku.
Kenapa dia boleh cakap macam tu ?
Sebab dia kata dia penat tak cukup tidur. aku ganggu dia punya tidur.
Allah, sesunguhnya Engkau saksi segala penat lelah aku bertarung nyawa dalam melahirkan zuriatnya
Engkau saksi segala sakit yang telah aku hadapi
Sejak dari anak pertama lahir sampai anak kedua, tak lebih 3 kali dia tolong aku jaga anak tengah malam
Dan lebih 5 kali dia keluarkan kata2 yang tak baik dekat aku bila aku minta jagakan anak tengah malam
tapi tulah kan, orang nampak dia suami yang baik
Baik sebab dia tak pernah tak beri nafkah. Suami yang bertanggungjawab
Suami yang tak kedekut dengan isteri, tak pernah naik tangan
Mereka nampak aku ni isteri yang tak reti bersyukur
Isteri yang suka tinggi suara dengan suami
Isteri yang panas baran kurang ajar dengan suami langsung tak hormat suami
Tapi orang tak pernah tahu apa yang aku rasa, apa yang aku lalui dan apa yang dia telah buat
Mereka tak tahu berapa banyak kali dia curang
Mereka tak tahu berapa banyak kata makian yang telah aku telan sejak dari hari pertama kahwin hingga sekarang
Rumahtangga yang dibina ni atas sebab anak sahaja. TIADA SEBAB LAIN !!
Aku bertahan sebab anak dan sebab ayah aku.
Andai kata suatu hari nanti ayah dah takda, aku tak kisah pun kalau nak bercerai.
Rumahtangga yang langsung takda rasa bahagia
Yang ada setiap hari rasa nak bercerai rasa nak hidup sorang diri
SEORANG DIRI ")
SESUATU YANG TAK MUNGKIN HILANG
Tuesday, 14 November 2023 | Tuesday, November 14, 2023 | 0 comments
Sesuatu yang tak mungkin hilang
entah sampai bila dia akan terus berada dalam hati ni
entah sampai bila dia susah untuk dilupakan
mungkin ini balasan sebab kenapa suami aku curang dengan perempuan lain
suami aku memuji waita lain sedangkan aku ? tak pernah sekali
balasan kenapa adanya gambar wanita lain di phone dia sedangkan aku ?
hanya ada bila diminta untuk ambilkan gambar
mungkin ini balasan untuk aku yang jauh di dalam hati masih mengharapakan seseorang
seorang lelaki yang pernah aku cinta dulu
dulu hingga kini saat ini saat dimana aku sudah punya suami dan 2 anak lelaki
BUNTU
aku buntu dan tidak tahu cara untuk melupakan dia
bertahun tidak besapa
bertahun tidak bersua
entah kenapa wajah itu yang sukar untuk aku lupakan
entah kenapa setiap kenangan semakin sering bermain dalam mindaTerlalu Lama
Wednesday, 1 March 2023 | Wednesday, March 01, 2023 | 0 comments
Assalamualaikum.
Terlalu lama menyepi dari dunia blogger. Terlalu lama tidak meluahkan segala rasa di diary sejati ini. Diary yang sentiasa menemai diri ini sejak dulu. Sejak diri masih bahagia dengan dunia sendiri sehingga sekarang.
Dunia aku sekarang berbeza dengan dunia yang lama. Dunia yang penuh dengan suka duka pahit manis sengsara.
Aku dah berkahwin dan ada 2 orang anak lelaki yang sangat manis di mata seorang ibu. berkahwin pada 2019. Dapat putera pertama pada 30.09.2020, Mohamad Adib Irfan. .Kemudian, putera yang kedua pada 14.12.2022, Mohamad Adam Ifwat.
Aku beryukur atas anugerah dan amanah yang Allah telah beri padaku walaupun aku bukan lahh ibu yang terbaik untuk mereka, tapi aku selalu cuba untuk menjadi yang terbaik.
Sungguh, Allah sahaja yang tahu setiap apa yang aku rasa, setiap apa yang aku fikir. Sungguh Allah sahaja yang mengetahui betapa berusahanya aku untuk menjadi yang terbaik untuk mereka walau terkadang diri ini terasa seperti tak layak memegang gelaran mama buat mereka
Moga Allah membantu aku dalam meneruskan perjuagan dalam membesarkan mereka.
AMEEN...
11.02 a.m02.03.2023
Terima Kasih Daun Keladi
Thursday, 9 April 2015 | Thursday, April 09, 2015 | 0 comments
He's not !
Tuesday, 23 December 2014 | Tuesday, December 23, 2014 | 0 comments
wait ! I am really confused wif my feeling.. I thought I'm falling love with Haikal but they said that I'm not.. they said that my feeling towards Haikal is just because i closed wif him.. They said that I actually have a feeling towards Syah.. what ?? Is it true ?? I'm wondering why they are saying like that.. hmm
Chop ! What if perasaan tu betul ?? Syah confess dekat aku pasal perasaan dye.. but then bila aku confess dekat dia juga, dia macam jauhkan diri dari aku.. Syah bagi aku harapan yang tinggi after dia confess dekat aku haritu.. So many things that he do when I'm with him.. Betulkan ke sebenarnya perasaan aku dekat syah ?? But why Syah jauhkan diri sekarang after dia confess dekat aku ??
He really really making me upset :( I dont know why but I'm miss him so badly rite now.. Felt like want to cry because miss him so much.. hmm..
I'm just really hope that if perasaan aku ni betul and if apa yg dia bagitau aku semua tu jujur, aku akan declare dengan dia.. He's such a kind boy.. memang teruk pada secara kasarnya.. I know his life well.. I know apa yg dia buat dekat luar sana.. There's no secret between us except Intan.. hmm dia belum bersedia mungkin nak bagitau aku pasal Intan.. But who care bout that girl.. Aku tanak tahu pasal dia, What I want to know is bout US Syah ! Us !